Sudah lebih kurang sebulan lebih saye mendirikan rumahtangga ( 1 Mei 2011). Rasa macam tak percaya pun ade. Bila dah msuk tempoh macam ni soalan2 yg biasa ditanya:
"amacam? 1st night berapa round?"
"dah ade 'isi' blom?"
"gambar kwen dah siap?..upload la nak tgok"
"amacam? 'sedap'..?"
Tanya tu kadang2 sampai bnyak kali...
Hehe..kadang2 layan kan je..kadang2 geram gak.. biasa la. Secara jujurnye sy x kisah pe pon soalan nye. Sbb dulu2 pon asal ade kawan2 yg berkahwin tu jugak la soalan yg saye tanye. So, jangan salahkan diorg! Hehehe..
Bercerita tentang perkahwinan saya masih ingat bagaimana persiapan yg dijalan. Dari persiapan pertunangan sampailah ke perkahwinan. Semuanya saya aturkan sendiri. Bukan sombong tapi saya memang tak suka mangharapkan sesiapa. Faktor utamanya ialah..saya CEREWET!
Saya bertunang dengan MOHD FIRDAUS dalam tempoh yang agak singkat (26 Disember 2010). Majlis pertunangan saya di adakan serentak dengan adik perempuan saya.
Bayangkan saya cuma ada beberapa bulan sahaja untuk membuat persiapan menjelang perkahwiana saya iaitu pada 1 Mei 2011.
Dalam tempoh pertunangan saya masih lagi berkerja di Singapura. Saya di Singapura dan tunang (suami) saya di Tangkak. Berjauhan bukan satu bebanan buat kami. Kami sudah terbiasa..=) No WORRY..facebook kan ade..=)
Selepas seminggu saya melangsungkan pertunangan saya sudah mula mencari butik2 perkahwinan. Saya sibuk berulang alik Johor Bahru - Tangkak semata2 nak cari butik kahwin yg murah+baju cantik+make up meletop! Haaah..bayangkan bulan 3 saya masih belum mempunyai andaman yg bertakhta di hati. CEREWET kan? Macam2 jugak butik andaman yg kawan2 saya rekemen..Hmm..tp saya masih lom berpuas hati. Takut2 baju je cantik make up alaaahaaii..
Selepas penat berulang alik JB-Tangkak ditambah pulak dengan kesibukan kerja 5.5 hari seminggu saya membuat keputusan untuk mencari andaman di sekitar JB. Setelah berbincang dengan suami, kami bersetuju untuk mencari butik kahwin di JB sahaja.
Masa2 yang terluang di office dan dirumah saya search macam2 butik di internet. Biasalah kalau tgok kat internet semuanya cantik2 belaka. Tak habis dengan tu hujung2 minggu saya sanggup menyesak2 kan diri ke Plaza Angsana untuk melihat promosi2 perkahwinan, Wedding Fair la ape bagai sume. Memang semuanya meletop2 dengan baju+pelamin..dan juga HARGA! mencecah 10K untuk 1 pekej pon ade..
Macam ni la perbualan saya dengan tunang saya disaat2 nak mencari pekej perkahwinan:
Saya: "Mahal gilee.."
Suami: "Tak pe la, duit boleh cari. Yang penting kita puas hati"
Ye! saya berpegang pada kata2 dia..Hah! tp pilihan kami bukan la butik yg berharga mencecah 10K tadi. Walaupun kami hampir2 untuk mengambilnya. Saya tetap x berputus asa. Hari semakin hampir dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengambil pekej perkahwinan dari Att Bridal (Angsana, JB). Butik ini saya pernah datang menbuat survey pada tahun 2009 & 2010. Pada 2011 saya kembali ke sana dan saya menguatkan kata-kata di dalam hati "Harap2 ni la butik last yang aku pegi. Muktamat!"
Tak sangka saya masih dikenali sesudah saya memperkenalkan diri pada admin staff (Diana) yang bertugas di Att Bridal.
"Pernah datang dulu kan? Ingat kan dah kahwin dah".
Inilah ayat yang keluar..Saya hanya mampu tersengih2.
"Oh..belum lagi".
Boleh dikatakan setiap minggu saya berulang alik ke Plaza Angsana. Berseorangan tanpa suami.
Semuanya gara2 saya CEREWET. Nasib baik saya mempunyai tunang yg serba serbi tak kisah. Semuanya terpulang pada saya. Asalkan cantik katanya. OK fine! Senang keja aku.
Dari segi warna tema, baju, aturcara, photography, kad kahwin semuanya saya. Serious! Memang penat.
Tunang saya hanya menganggukan kepala tanda setuju. Apa yang saya pilih dia cakap "Haa..OK"
Bukan saya tak bagi peluang pada dia untuk memilih.
Tp katanya:
"Alaa..tak reti la..Ikut kamu la. Janji kamu suka"
Dan akhirnya saya membuat keputusan untuk mengambil Att Bridal. Dengan harga RM4k++ (pekej dewan) tak termasuk pekej photography. Sila find Att Bridal @facebook.
Walaupun banyak rakan2 yang kurang bersetuju dengan pilhan saya menasihati saya supaya mengambil andaman lain yg jauh lebih murah. Tp saya tetap DEGIL. Tapi akhirnya mereka akur setelah melihat pelamin saya pada perkahwinan saya tempoh hari. .=)
"Butik mane eaaa?"
"Mahal tak?"
Yang penting saya PUAS HATI.
Saya rasa cukup setakat ini untuk part 1. Saya akan ceritakan selebihnya pada post2 yang akan datang.
pics credit : Rozek Ruzaini Photography









