Wednesday, 14 September 2011

Wedding fazliana & firdaus - Part 2

Assalammualaikum.

Setelah sekian lama saya mengambil masa mencari idea terbaru menulis blog. Ingatkan mudah!
Idea ada tapi kudrat nak menulis tak ada. Ditambah pula dengan penyakit M = m.a.l.a.s.

Kadang-kadang terfikir juga..
"Ade ke org nak baca?"
Tak mengapa, yang penting saya berkongsi cerita dan dapat meluahkan sesuatu disini. Itu yang lebih baik.

Nobody follow?
It's ok..=)

Setelah saya baca semula blog yang lepas berulang kali banyak sebenarnya yang saya tertinggal untuk diceritakan.
Sebenarnya perjalanan cerita tentang preparation perkahwinan saya terlalu panjang dan berliku untuk diceritakan.
Maklumlah segalanya saya lakukan sendiri berbanding mereka yang lebih suka ibu bapa yang merealisasikan. Bagi saya lebih baik saya sendiri. Remember? I'm very FUSSY person. Saya tak suka menyalahkan sesiapa jika kehendak saya tidak dipenuhi.

Jika hendak dibandingkan dengan kawan2 rapat yang lain saya antara yang lewat berkahwin. Jodoh pertemuan ditangan Allah. Segalanya ditanganNYA. Alhamdulillah saya tidak la terlalu tua kahwin pada usia 27 tahun.
Walaupun sebenarnya saya pernah menginginkan berkahwin pada usia muda. Bukan gatal tapi nak rasa puas tengok anak membesar dan kita pula masih mampu tunngu sehingga mereka beranak pinak. Tetapi segalanya telah ditentukan olehNYA. Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA.

Pernah seseorang beritahu saya
"Setiap orang jambatanya berbeza. Kalau panjang jambatannya maka jauh lagi jodohnya. Kalau pendek maka cepatlah jodohnya sampai"
Jadi saya sentiasa berfikir positif. Sekurangnya sepanjang saya hidup membujang saya tidak menyusahkan orang tua saya untuk beri makan pada saya. Saya berdikari dan berdiri atas kaki sendiri. Lebih-lebih lagi saya sendirian hidup di negara orang. Dan bila saya berfikir semula macam tak percaya yang saya mampu lakukanya!

Ok stop. Melalut sudah


Dan....apabila ada rakan-rakan yang mengutarakan isu kahwin..

"Bila nak kawen?"
"Aik kawan lama2 tak bosan ke"?
"Lambat sangat la tunggu nasi minyak ko ni"
"Alaa..ntah2 aku dah mengandung anak kedua pun ko belum tentu kawen"

Semuanya berbaur sindiran. Ya, terima kasih.

Percaya atau tidak yang sering menanyakan soalan-soalan sedemikian rupa tidak hadir pun di majlis saya walaupun kad undangan di layangkan ke office/rumah mereka. Jemput mulut jangan cakap la. Dan lebih best sekali hingga kini selepas hampir 2 bulan saya mendirikan rumahtangga tiada ucapan tahniah dari beliau. Hebat kan manusia sebegini??

Selepas 1 minggu saya bertunang saya terus pelan-pelan membeli barang sikit demi sedikit. Tak terasa banyak duit keluar kalau semuanya beli sedikit2. Saya pergi seorang, decide sendiri dan semuanya sendiri. Nobody guide me, nobody advise me.

Nak dijadikan cerita semasa tempoh pertunangan untuk membuat persiapan 80% saya yang uruskan. Suami (ketika itu tunang) terlalu sibuk. Apa yang saya utarakan semuanya dia setuju. Pendek kata buat la apa yang terbaik untuk majlis kita. Duit boleh cari. Doa semoga kita murah rezeki. Katanya la..=)

Dari sekecil-kecil benda sehinggalah sebesar-besar benda semuanya saya. Terima kasih kepada kawan baik, Farra Adiff. Membantu saya mencari lokasi majlis perkahwinan saya. Maybe for her it's small matter. But for me, I really appreciate it! Make my wedding dream come true! Dia yang membantu saya bertanyakan tentang Dewan Jubli Intan untuk disewa sempena majlis perkahwinan saya. Thanks a lot babe!


Bermula dari mencari barang hantaran, butik-butik andaman sehinggalah acara kemuncak menempah kad undangan. Memang satu isu yang besar bila berurusan dengan orang-orang badan kerajaan. Bukan perkara remeh hendak merealisasikan perkahwinan di Dewan Jubli Intan. Di bandar-bandar besar seperti JB & KL itu sudah menjadi perkara biasa. Tapi ditempat saya seolah-olah hanya orang-orang berduit, dan bukan calang-calang membuat majlis disitu. Huh..ape la kan. Saya tahu apa yang saya buat. Terlalu banyak faktor mengapa saya memilih membuat majlis serentak dengan pihak lelaki. Hanya mahu jimat MASA, DUIT, & TENAGA orang tua kami.

Ada pula yang menuduh saya mahu menunjuk. It's ok. Saya tak ambil pusing kerana SAYA TAK GUNA DUIT MEREKA / MEMERAH KERINGAT MEREKA. Itu yang penting.


Bayangkan tarikh perkahwinan semakin hampir dan saya masih risaukan lokasi majlis yang belum 100% boleh kami gunakan. Masa berjalan pantas. Saya harus membuat keputusan drastik. Isu yang saya risaukan ialah peta lokasi. Bagaimana kalau tiba-tiba kad sudah dicetak & diedarkan tetapi penggunaan dewan ditarik bila-bila masa. Sebelum membayar sewa dewan mereka sudah jelaskan jika dalam tempoh sebulan sebelum tarikh 1 Mei ada badan-badan kerajaan/Sultan yang ingin mengadakan majlis disitu saya harus memilih lokasi lain. Walaupun kad jemputan telah dihantar. Mereka ada hak. Perkara ni yang buat saya tidak tidur malam. Sehingga membuat saya dan tunang sentiasa bertekak. Orang kata "Ala..gaduh2 perkara biasa"..=)

Pendek kan cerita. Saya menempah kad undangan dengan melayari blog2 yang rakan2 suggest kan di Facebook. Tidak sangka blog itu kepunyaan seorang junior saya semasa di UiTM. Sumpah saya tak mengenali beliau semasa di kampus. Walaupun kami hanya beza 1 semester sahaja..=)Pernah dulu saya terfikir mahu design sendiri kad undangan. Yela, designer la katakan. Tapi semuanya terpaksa dilupakan kerana kesibukan kerja dan tiada masa. Walaubagaimana pun, colour theme untuk kad undangan saya yang tentukan. Maklumlah seorang graphic designer pasti tahu colour code. I love the concept. Pokok2 & the flowers.
But my brother in law said "crowded & messy" Hehe.. biasalah citarasa berlainan.


Hanya peta sahaja yang saya buat sendiri. Yeah.. tu saja yang saya mampu. Yang lain-lain malas. :P


Untuk kad undangan sahaja saya menghabiskan kira RM 1,500 untuk 2000 keping. Ops..saya bahagikan kepada 2 ok. 1000 untuk saya dan 1000 untuk keluarga sebelah lelaki. Ada cerita disebalik pembikinan kad ini. Ramai yang tidak tahu. Percaya atau tidak kad dihantar ke Penang untuk proses printing & envelope diprint di Johor Bahru. Hanya kerana saya cerewet regarding the quality. Hehehe...


Setelah siap dicetak lebih kurang seminggu serentak dengan sampulnya, saya ke Larkin berjumpa Mala (junior saya yang design kad). Saya sangat respect dengan dia kerana dia sangat bertangunggjawab. Dia bersama ibu bapanya sibuk mengira sama ada cukup atau tidak kad tersebut sebelum diserahkan bulat-bulat kepada saya.


"Eh..tak payah, biar pakcik angkat. Berat tu!"


Ya, memang berat. Dalam sekotak sahaja ada lebih kurang 1000 keping dan beratnya umpama 2 kampit beras 10 kilogram! Jadi, dalam 20 kilogram la beratnya! Tersengih-sengih saya. Saya ingatkan ringan.
Terus terfikir, "Nanti dah sampai rumah siapa pulak nak tolong aku angkat kotak ni naik ke rumah tingakat 10?" Aduh..pening!


Sesampai di apartment, saya terus park kereta ditempat menurunkan penumpang. Septutnya tidak dibenarkan meletak kenderaan disitu kecuali kecemasan, angkut barang untuk pindah. Saya tak peduli, sebabnya kotak itu memang berat. Security guard juga tiada disitu. Line clear!


Lebih kurang 10 minit saya hantar kotak naik ke tingkat 10. Walaupun ada lif tapi lif juga agak jauh dari rumah saya kerana rumah saya yang paling di hujung blok. Cukuplah, sengal-sengal badan saya. Kotak yang lain-lain saya biarkan di dalam kereta. Tak sanggup!!




** selepas 2 hari saya lihat ada sign baru di bawah blok "NO PARKING - fine RM50" eceeehh...ade aku kisah? :p

Beginilah keadaannya...

Mengambil masa 2 hari untuk menyiapkan kad-kad untuk dipos

Kad pun menjadi masalah. Apa tah lagi baju. Lelaki paling la senang. Janji muat, ape dia orang kisah ade labuci ke, ade ekor meleret ke.. tapi tak pada perempuan..haaaiii semuanya tak kena.

Entah berapa banyak baju yang saya cuba pun saya dah tak ingat..=P

Baju pertama....
Baju pertama....
Baju kedua....

Baju terakhir....
Walau ape pun saya tetap happy membuat persediaan perkahwinan. Walaupun banyak dugaannya yang penting semuanya sudah selamat..=)







Monday, 6 June 2011

Wedding fazliana & firdaus - Part 1

Alhamdulillah..
Sudah lebih kurang sebulan lebih saye mendirikan rumahtangga ( 1 Mei 2011). Rasa macam tak percaya pun ade. Bila dah msuk tempoh macam ni soalan2 yg biasa ditanya:


"amacam? 1st night berapa round?"

"dah ade 'isi' blom?"
"gambar kwen dah siap?..upload la nak tgok"
"amacam? 'sedap'..?"


Tanya tu kadang2 sampai bnyak kali...

Hehe..kadang2 layan kan je..kadang2 geram gak.. biasa la. Secara jujurnye sy x kisah pe pon soalan nye. Sbb dulu2 pon asal ade kawan2 yg berkahwin tu jugak la soalan yg saye tanye. So, jangan salahkan diorg! Hehehe..



Bercerita tentang perkahwinan saya masih ingat bagaimana persiapan yg dijalan. Dari persiapan pertunangan sampailah ke perkahwinan. Semuanya saya aturkan sendiri. Bukan sombong tapi saya memang tak suka mangharapkan sesiapa. Faktor utamanya ialah..saya CEREWET! 
Saya bertunang dengan MOHD FIRDAUS dalam tempoh yang agak singkat (26 Disember 2010). Majlis pertunangan saya di adakan serentak dengan adik perempuan saya.




















Bayangkan saya cuma ada beberapa bulan sahaja untuk membuat persiapan menjelang perkahwiana saya iaitu pada 1 Mei 2011.

Dalam tempoh pertunangan saya masih lagi berkerja di Singapura. Saya di Singapura dan tunang (suami) saya di Tangkak. Berjauhan bukan satu bebanan buat kami. Kami sudah terbiasa..=) No WORRY..facebook kan ade..=)



Selepas seminggu saya melangsungkan pertunangan saya sudah mula mencari butik2 perkahwinan. Saya sibuk berulang alik Johor Bahru - Tangkak semata2 nak cari butik kahwin yg murah+baju cantik+make up meletop! Haaah..bayangkan bulan 3 saya masih belum mempunyai andaman yg bertakhta di hati. CEREWET kan? Macam2 jugak butik andaman yg kawan2 saya rekemen..Hmm..tp saya masih lom berpuas hati. Takut2 baju je cantik make up alaaahaaii..
Selepas penat berulang alik JB-Tangkak ditambah pulak dengan kesibukan kerja 5.5 hari seminggu saya membuat keputusan untuk mencari andaman di sekitar JB. Setelah berbincang dengan suami, kami bersetuju untuk mencari butik kahwin di JB sahaja.



Masa2 yang terluang di office dan dirumah saya search macam2 butik di internet. Biasalah kalau tgok kat internet semuanya cantik2 belaka. Tak habis dengan tu hujung2 minggu saya sanggup menyesak2 kan diri ke Plaza Angsana untuk melihat promosi2 perkahwinan, Wedding Fair la ape bagai sume. Memang semuanya meletop2 dengan baju+pelamin..dan juga HARGA! mencecah 10K untuk 1 pekej pon ade..


Macam ni la perbualan saya dengan tunang saya disaat2 nak mencari pekej perkahwinan:

Saya: "Mahal gilee.."
Suami: "Tak pe la, duit boleh cari. Yang penting kita puas hati"

Ye! saya berpegang pada kata2 dia..Hah! tp pilihan kami bukan la butik yg berharga mencecah 10K tadi. Walaupun kami hampir2 untuk mengambilnya. Saya tetap x berputus asa. Hari semakin hampir dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengambil pekej perkahwinan dari Att Bridal (Angsana, JB). Butik ini saya pernah datang menbuat survey pada tahun 2009 & 2010. Pada 2011 saya kembali ke sana dan saya menguatkan kata-kata di dalam hati "Harap2 ni la butik last yang aku pegi. Muktamat!"

Tak sangka saya masih dikenali sesudah saya memperkenalkan diri pada admin staff (Diana) yang bertugas di Att Bridal.

"Pernah datang dulu kan? Ingat kan dah kahwin dah".

Inilah ayat yang keluar..Saya hanya mampu tersengih2.

"Oh..belum lagi".

Boleh dikatakan setiap minggu saya berulang alik ke Plaza Angsana. Berseorangan tanpa suami.
Semuanya gara2 saya CEREWET. Nasib baik saya mempunyai tunang yg serba serbi tak kisah. Semuanya terpulang pada saya. Asalkan cantik katanya. OK fine! Senang keja aku.

Dari segi warna tema, baju, aturcara, photography, kad kahwin semuanya saya. Serious! Memang penat.
Tunang saya hanya menganggukan kepala tanda setuju. Apa yang saya pilih dia cakap "Haa..OK"
Bukan saya tak bagi peluang pada dia untuk memilih.

Tp katanya:
"Alaa..tak reti la..Ikut kamu la. Janji kamu suka"

Dan akhirnya saya membuat keputusan untuk mengambil Att Bridal. Dengan harga RM4k++ (pekej dewan) tak termasuk pekej photography. Sila find Att Bridal @facebook.

Walaupun banyak rakan2 yang kurang bersetuju dengan pilhan saya menasihati saya supaya mengambil andaman lain yg jauh lebih murah. Tp saya tetap DEGIL. Tapi akhirnya mereka akur setelah melihat pelamin saya pada perkahwinan saya tempoh hari. .=)

"Butik mane eaaa?"
"Mahal tak?"





Yang penting saya PUAS HATI.

Saya rasa cukup setakat ini untuk part 1. Saya akan ceritakan selebihnya pada post2 yang akan datang.



pics credit : Rozek Ruzaini Photography